Budaya dan masyarakat Orang_Thai

Bangsa Thai boleh dibahagiakan kepada beberapa kumpulan mengikut kawasan kepada Thai utama, timur laut, utara dan selatan dengan setiapnya mempunyai dialek sendiri bagi bahasa Thai, namun masih boleh difahami yang lain. Kini, bahasa suku Thai utama telah menjadi bahasa rasmi dan menjadi dominan akibat dasar rasmi kerajaan yang cuba mengasimilasi dan menyatukan bangsa Thai, walaupun ia boleh mengakibatkan bahasa Siam, Melayu Petani, Khmer dan lain-lain bahasa etnik di Thai menjadi hilang. Penulisan bahasa Thai menggunakan abjad Thai yang dibangunkan tidak lama selepas penaklukan Angkor, yang menandakan ia berasal daripada tulisan Khmer.

Orang Thai kini kebanyakannya penganut Buddhisme Theravada dan kuat mengaitkan identiti etnik mereka dengan kepercayaan agama yang termasuk pemujaan nenek moyang (lihat budaya Thailand). Sesetengah bahasa Thai dipinjam daripada Sanskrit yang asasnya dipinjam melalui budaya Khmer dan Mon, sementara dari segi etnik bangsa Thai berkaitan dengan selatan China. Budaya setempat termasuklah Tomoi (Muay Thai), tarian Thai dan Nang Yai (wayang kulit). Masakan Thai pula agak bersifat eklektik dan merupakan pengaruh daripada negara jiran Burma, Laos dan Kemboja.

Rujukan

WikiPedia: Orang_Thai http://www.crc.nsw.gov.au/statistics/Sect1/Table1p... http://www.BangkokSpace.com http://www.live365.com/stations/marcgaynor http://www.nationmultimedia.com/2007/11/08/nationa... http://migration.ucdavis.edu/MN/more.php?id=3240_0... http://lcweb2.loc.gov/cgi-bin/query/r?frd/cstdy:@f... http://www.cityu.edu.hk/searc/WP44_03_Hewison.pdf http://www.thailex.info/THAILEX/THAILEXENG/LEXICON... http://www.scb.se/statistik/_publikationer/BE0701_... http://eng.mol.go.th/inform_dec0407_1.html